Cari @ Amanz

iQOO Z5 Akan Menggunakan Snapdragon 778G – Pelancaran Rasmi Pada 23 September 2021

Link Copied!

iQOO Z5 bakal menjadi penawaran terbaharu daripada jenama iQOO dan ia kini telah mula diacah dalam beberapa poster rasmi di Weibo. Ada kemungkinan besar bahawa iQOO Z5 akan terdiri dengan beberapa model berbeza antaranya seperti iQOO Z5 dan iQOO Z5 Pro. Ia berikutan terdapatnya laporan mengenai iQOO Z5 Pro yang tertiris sebelum ini.

Memetik poster dikongsi, iQOO turut berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 23 September ini. Bercakap lebih lanjut mengenainya, iQOO Z5 akan menampilkan cip Snapdragon 778G. Selain itu, ia turut akan dipadankan dengan memori berasaskan LPDDR5 dan storan berasaskan UFS 3.1. Setakat ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui.

Spekulasi awal mengatakan peranti ini mungkin hadir dengan skrin LCD yang menyokong kadar segar semula tunggi 120Hz. Di samping itu, ia juga bakal menjadi antara peranti iQOO terawal yang dijana oleh Snapdragon 778G. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : iQOO weibo


Komen ()