Carian
Snapchat Memperkenalkan Penuras Makanan Tempatan Bersempena Sambutan Hari Malaysia
September 15, 2021 Nazrin

Bersempena dengan Hari Malaysia, Snapchat hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan sejumlah penuras Snapchat Lens yang bertemakan makanan di Malaysia.

Pembangun penuras realiti terimbuh tempatan ExAR telah tiba dengan sejumlah penuras Snapchat Lens yang boleh dimuat-turun di Snapchat. Mereka yang menggunakan peranti pintar boleh menggunakan Snapcode yang tertera untuk memuat-turun lensa ini, ataupun menggunakan pautan kepada pembuat penuras ini untuk memuat-turun pelbagai lagi penuras beliau yang menarik.

ExAR telah membangunkan sejumlah penuras bertemakan makanan Malaysia, seperti nasi lemak, durian, kuih lapis dan telur mata yang boleh dimuat-turun dan digunakan bermula hari ini. Beliau juga mempunyai pelbagai jenis penuras lain yang bertemakan watak-watak anime dan sebagainya yang agak menarik juga.

Komen