Carousell merupakan salah satu aplikasi popular memfokuskan perkhidmatan jual-beli barangan antara pengguna. Selain aplikasi berkenaan, Carousell turut memiliki beberapa perkhidmatan iklaneka dibawah mereka, termasuk Mudah.
Terbaru, Carousell telah mengumpulkan suntikan dana terbaru sejumlah $100 juta, sekaligus menilaikan syarikat mereka pada nilai mencapai $1.1 bilion, atau sekitar RM4.58 bilion.
Selari dengan pandemik, Carousell memperlihatkan peningkatan angka pengguna, apatah lagi lebih ramai aktif berjual-beli secara atas-talian.
Dengan suntikan dana baharu ini, Carousell akan terus memperluaskan kategori barangan dibawah platform mereka, selain turut melakukan pengambil-alihan syarikat strategik yang melengkapkan syarikat mereka.