Cari @ Amanz

Terdahulu, Xiaomi telah memperkenalkan Mi Smart Band 6 yang hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan bagi kemudahan ramai pengguna. Ini termasuklah, SpO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur serta stress dan banyak lagi.

Kini, Xiaomi hadir dengan versi baru untuk Mi Smart Band 6 yang disertakan dengan penambahan ciri NFC pula. Melaluinya, Xiaomi telah berjasama dengan Mastercard untuk penghasilan gelang tangan pintar ini. Dengan ciri ini, ia menawarkan sokongan pembayaran yang mudah secara nirtunai. Bersama-sama dengannya, Mi Smart Band 6 NFC turut sama dilengkapi pembantu maya Alexa secara terbina untuk kemudahan mengawal pelbagai peralatan pintar di rumah.

Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan versi standard, di mana ia dilengkapi skrin bersaiz 1.56-inci AMOLED dengan paparan panel bewarna dan sokongan sesentuh. Ia juga mampu bertahan sehingga 14 hari lamanya, selain turut sama mempunyai kalis air 50 meter dan sebagainya. Mi Smart Band 6 NFC ditawarkan pada harga bermula EUR 54.90 (~RM270). Ia juga dikhabarkan bakal ditawarkan di pasaran Malaysia pada suatu tarikh dan harga jualan yang akan diumumkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd