Redmi Buds 3 Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Esok
September 15, 2021
Xiaomi
Aman
Xiaomi kini mengumumkan mereka akan menawarkan fon telinga terbaru mereka, Redmi Buds 3 Pro untuk pasaran tempatan bermula 16 September ini. Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.
Redmi Buds 3 Pro adalah fon telinga nirwayar, dan hadir dengan ciri seperti pembatalan hingar aktif, masa pendam rendah, dan juga pengecasan nirwayar.

Redmi Buds 3 Pro ini turut hadir dengan sokongan penggunaan selama 6 jam, dan sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecas.
Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan, dan dijangka dikongsikan oleh pihak Xiaomi Malaysia pada esok, 16 September 2021.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.