Cari @ Amanz

Xiaomi Melancarkan Mi Smart Projector 2 Dengan Sokongan Skrin 120″ Dan Dolby Audio

Link Copied!

Seiring pengenalan rangkaian peranti pintar dan tablet baharu untuk pasaran global, acara hari ini turut menyaksikan pengumuman untuk Mi Smart Projector 2. Ia merupakan projektor pintar mudah alih yang mempunyai kemampuan lontaran imej di antara 60 hingga 120-inci pada resolusi FHD (1080p). Ia juga menggunakan 4 saluran LED sebagai sumber cahaya.

Selain daripada itu, ia juga memiliki berat sekitar 1.3kg bersama saiz dengan 115mm × 150mm × 150mm. Ia juga menjalankan sistem operasi Android TV yang membolehkannya dikawal menggunakan arahan suara Google Assistant. Tidak ketinggalan, terdapat juga port HDMI, USB 2.0 da bicu audio pada bahagian belakang projektor ini.

Dari segi kemampuan audio pula, ia menyokong dua pembesar suara dengan sistem Dolby Audio untuk pengalaman yang lebih baik daripada semua sumber bunyi. Di Eropah, Mi Smart Projector 2 dijual pada EUR599 (~RM2944).


Komen ()