WhatsApp Menguji Integrasi Direktori Perniagaan Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Sep 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sedia memfokuskan kepada penawaran WhatsApp Business sebelum ini, dan terbaru mereka turut menambah satu lagi ciri menarik, yang memudahkan pengguna menemui kedai-kedai berdekatan mereka dengan mudah.

Ujian ini dilakukan terhad di Sao Paulo, Brazil buat masa ini, dimana melaluinya WhatsApp menambah pilihan Business Nearby dalam aplikasi WhatsApp.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengakses direktori senarai perniagaan berdekatan, dan berhubung atau mengunjunginya.

Langkah ini akan memudahkan lagi penemuaan perniagaan yang menggunakan WhatsApp Business, sekaligus membuka peluang yang lebih baik kepada perniagaan-perniagaan yang menggunakan WhatsApp.

WhatsApp mengatakan mereka akan mengumpulkan maklumbalas berkaitan ciri ini, sebelum memperluaskan ia ke bandar-bandar lain seluruh dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami