Xiaomi Redmi Buds 3 Pro Kini Di Malaysia, Berharga RM239

Diterbitkan pada Sep 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti dikongsikan semalam, hari ini pihak Xiaomi Malaysia telah mula berkongsi penawaran fon telinga nirwayar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Redmi Buds 3 Pro.

Redmi Buds 3 Pro hadir dengan rekaan yang semua sedia selesa, dan turut menyertaka sejumlah ciri menarik, termmasuk sokongan pembatalan hingar aktif, masa pendam rendah, dan juga pengecasan nirwayar bersama dengannya, selain pengecasan berasaskan USB-C.

Xiaomi mengatakan Redmi Buds 3 Pro ini mampu beroperasi sehingga 6 jam lamanya, apabila ANC dimatikan, dan boleh digunaka sehigga 28 jam bersama pod pengecasan untuknya. Ia menggunaka Bluetooth 5.2 untuk berhubug ke peranti anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Redmi Buds 3 Pro pada harga RM239 di Malaysia bermula hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami