Fitbit Kini Membolehkan Anda Memantau Dengkur Ketika Tidur

Diterbitkan pada Sep 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fitbit merupakan jenama milik Google yang memfokuskan kepada penawaran peranti kecergasan dan kesihatan. Terbaru, Fitbit telah pun mula menawarkan kemaskini untuk Fitbit Sense dan Fitbit Versa 3, yang membolehkan anda memantau dengkur atau bunyi ketika tidur.

Untuk tujuan ini, Fitbit menggunakan mikrofon yang hadir terbina pada peranti boleh-pakai berkenaan.

Bagi menggunakannya, langganan Fitbit Premium diperlukan, dan anda perlu memastikan peranti anda mempunyai bateri yang mencukupi.

Fitbit akan melakukan rakaman bunyi untuk setiap beberapa saat, sekaligus memberikan data berkaitan dengkur kepada anda.

Dengan langkah ini, anda boleh lebih menjaga kesihatan diri, disamping pada masa yang sama mengubah gaya hidup untuk mengurangkan kadar dengkur ketika tidur.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami