Cari @ Amanz

Markah ujian penanda aras Geekbench 5 untuk CPU cip Apple A15 Bionic mula muncul di atas talian. Dalam ujian satu teras ia mampu mencecah 1738 markah dan dalam ujian multi teras pula ia mencecah 4766 markah. Markah satu teras A15 Bionic adalah lebih tingi berbanding Apple M1 yang mencatatkan 1707 markah. Namun begitu markah Apple M1 mencatatkan 7217 markah dalam ujian multi teras.

Jika dibandingkan dengan Apple A14 Bionic (1575/4205 markah), peningkatan prestasi CPU dalam ujian satu teras ialah 10% dan dalam ujian multi teras pula adalah sekitar 13%. Peningkatan sebenarnya lebih jelas kelihatan pad ujian Metal untuk GPU kerana penggunaan GPU dengan lima teras.

Jadi bagi mereka yang sudahpun menggunakan iPhone 12 Pro Max, tiada keperluan sebenar untuk membeli iPhone 13 Pro Max kerana perbezaan kuasa CPU yang tidak begitu besar. Dengan skor yang dicatatkan, kami lebih tertarik dengan cip M1X kelak kerana ia berasakan A15 Bionic.

Sumber MacRumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd