Laman C19Memorial.my Dilancarkan Bagi Memperingati Korban Covid-19 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga semalam, lebih 22,000 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia di Malaysia. Setiap satu kematian diratapi dan perlu diingati supaya kita tidak segerak melupakan pengajaran sepanjang pandemik ini. Sempena Hari Malaysia, C19Memorial.MY telah dilancarkan sebagai laman setempat memperingati kesemua insan yang meninggal dunia akibat pandemik di negara kita.

Laman menyenaraikan nama-nama dan gambar insan yang telah pergi bertemu yang abadi. Terdapat obituari pendek yang menceritakan kehidupan mangsa, tarikh dan lokasi mereka meninggal dunia. Pelawat laman boleh meninggal komen untuk ahli keluarga yang mungkin disenaraikan sebagai tanda hormat atau sekadar meninggalkan penghargaan kepada si mati. Setakat ini 349 korban Covid-19 telah diabadikan memori mereka di laman ini.

Pelawat juga boleh menambah nama ahli keluarga yang meninggal dunia sekiranya ingin mengabdikan nama mereka menerusi [email protected]. Ahli keluarga juga boleh meminta supaya maklumat dipadam menerusi emel yang sama.

Memorial atas talian ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia secara sukarela kerana tidak ingin kematian akibat pandemik ini dilupakan. Idea mewujudkan memorial muncul selepas menyedari Tugu Negara di Kuala Lumpur menjadi memorial kepada lebih 11,000 perajurit tahan air yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat. Jika memorial fizikal untuk 11,000 wujud, memorial untuk lebih 22,000 mangsa Covid-19 juga perlu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami