YouTube kini mempunyai jutaan penerbit kandungan, yang memuat-naik pelbagai kandungan dan video ke platform berkenaan. Selari dengan popularitinya, selain arena ekonomi digital yang berpusatkan kepada penerbit kandungan, kini YouTube hadir dengan podsiar mereka tersendiri, dinamakan The Upload : The Rise of the Creator Economy.
YouTube mengatakan, The Upload : The Rise of the Creator Economy merupakan podsiar pertama mereka. Melaluinya, YouTube akan berkongsi pelbagai kisah menarik, kaedah dan pembelajaran disebalik penerbit yang berubah menjadi ahli perniagaan melalui terbitan mereka.
YouTube akan menerbitkan episod baru setiap hari Rabu, bermula daripada 22 September kelak. Ia akan diterbitkan di YouTube – dan juga pada platform podsiar lain seperti Spotify, Google Podcasts dan juga Apple Music.