Cari @ Amanz

Kita pada hari ini sedia melihat pelbagai syarikat menyertai arena pengeluaran telefon pintar, dan terbaru Fujifilm yang terkenal dengan arena fotografi, dilihat turut berminat untuk menyertai arena telefon pintar.

Melalui paten baharu yang didaftarkan Fujifilm (melalui LetsGoDigital), ia dilihat mereka berminat dalam membangunkan telefon pintar boleh-lipat, dengan rekaan seumpama kepada Galaxy Z Fold.

Walaupun Fujifilm sedia terkenal dengan penawaran fotografi, namun, paten berkenaan tidak mengetengahkan sebarang perkara berkaitan fotografi, atau sebarang ciri-ciri khusus untuknya.

Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran paten sahaja. Sama-sama kita nantikan sama ada pihak Fujifilm akan hadir dengan telefon pintar sendiri, atau akan melesenkan jenama mereka untuk digunakan pengeluar telefon yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd