Kerajaan Peruntuk RM7.7 Bilion Untuk Sabah Dan Sarawak Beralih Ke 5G

Diterbitkan pada Sep 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara hari ini, termasuk mengatakan yang mana kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM7.7 bilion untuk tempoh 5 tahun, sebagai persediaan untuk Sabah dan Sarawak beralih ke arena 5G.

Melalui peruntukkan ini, RM3.61 bilion adalah untuk Sabah, dan RM4.09 bilion untuk Sarawak. Peruntukkan ini juga selari dengan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) 2021 hingga 2025 dalam memperluaskan lagi capaian internet dikalangan rakyat Malaysia, selari perkembangan ekonomi digital.

iPhone 5G

Perdana Menteri turut mengatakan kerajaan komited memperbaiki perkhidmatan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa laporan berkenaan kesukaran capaian internet di negeri berkenaan, termasuk seperti memanjat pokok atau bumbung rumah dalam mencari capaian internet. Dengan langkah ini, sama-sama kita berharap agar semua menerima capaian internet yang baik untuk kehidupan harian.

Malaysia bakal melakukan peralihan ke arena 5G bermula penghujung tahun 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami