GoPro Hero10 Black Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2399

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sahaja dilancarkan semalam, kini GoPro Hero10 Black telah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Kamera aksi tahan lasak ini dilengkapi penambahbaikan bagi membolehkan pengguna tidak perlu khuatir mengenai kualiti video yang dirakam. Bagi yang berminat, GoPro Hero10 Black dijual di Malaysia pada harga RM2,399 dan anda boleh mendapatkannya menerusi kedai berdekatan sekitar bulan September ini.

Untuk spesifikasi khusus, GoPro Hero10 Black dilengkapi sensor 23-Megapixel yang mampu merakam video sehingga resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS. Ia juga menerima penambahbaikan untuk meningkatkan kebolehan menerusi cip pemprosesan imej GP2 yang mampu menawarkan mod rakaman video lebih tinggi dan sistem kamera cukup lancar.

GoPro Hero10 Black

Seterusnya, ia turut sama disertakan dengan sistem penstabilan HyperSmooth 4.0, sekaligus membantu dalam meningkatkan kestabilan dan kualiti rakaman secara keseluruhan. Ini termasuklah kebolehan untuk menstabilkan imej meskipun tubuh kamera disendengkan sehingga 45 darjah. Melengkapinya juga adalah kebolehan penstriman langsung beresolusi sehingga 1080P, kawalan menggunakan suara, skrin sesentuh dan kemampuan kalis air dengan kedalaman mencapai 10 meter.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami