Selain Oppo Find X3 Pro Photographer Edition dan ColorOS 12, Oppo Watch 2 ECG Edition juga telah diumumkan secara rasmi selama. Dari segi rekaan ini ialah sebuah Oppi Watch 2 dengan sokongan sensor elektrokardiogram yang kini menjadi ciri perlu pada jam tangan pintar kelas mercu.

Jam hanya ditawarkan dalam saiz 46mm dengan skrin 1.9-inci berbentuk empat segi, dijana cip Snapdragon Wear 4100, memori 1GB RAM dan storan 8GB. Bateri sebesar 510mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari. Oppo Watch 2 ECG Edition turut menampilkan ciri penjejakan kecergasan dan kesihatan seperti seperti pemantauan jantung, pemantauan kualiti tidur dengan penilaian dengkur, pemantauan oksigen darah SpO2, pemantauan tekanan dan banyak lagi. Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS Watch 2.0 yang berasaskan Android.
Bersama-sama dengannya, ia juga menyokong sehingga 100 mod sukan berbeza termasuk – berbasikal, larian, berjalan, berenang dan banyak lagi. Ciri lain yang disokong ialah kalis air sehingga 5ATM, NFC, eSIM, GPS, pengecasan pantas VOOC 2.0, bluetooth 5.0 dan banyak lagi. Di China Oppo Watch 2 ECG Edition dijual pada harga RMB2499 (~RM1614) seutas.