Cari @ Amanz

Kenderaan elektrik Tesla dimuatkan dengan pelbagai jenis cip pemprosesan dan pengesan elektronik yang ia secara ringkasnya boleh dipanggil sebuah komputer bergerak. Isu tentang bagaimana kenderaan-kenderaan mereka boleh digodam secara jarak jauh bukanlah sesuatu yang baru, dan terdapat beberapa pihak yang melafazkan kerisauan mereka mengenai perkara ini.

Di sebuah acara automotif di China baru-baru ini, Elon Musk, pengerusi dan CEO Tesla mengatakan bahawa syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan sejumlah pakar sekuriti untuk memastikan bahawa kenderaan-kenderaan Tesla selamat dipandu tidak kira secara manual ataupun swapandu.

Beliau sedar akan isu yang sedang diperkatakan oleh pelbagai pihak, dan telah meyakinkan pelbagai pihak bahawa syarikat tersebut sentiasa akan memperbaiki mutu keselamatan digital kenderaan-kenderaan mereka tidak kira dimana mreka berada.

Tesla, yang mana mereka telah membuka perniagaan di China pada tahun ini, telah juga membuka pusat data tempatan dimana semua maklumat pelanggan mereka di negara tersebut, termasuklah data pemanduan mereka. Ini berlaku selepas kerajaan China tidak membenarkan kereta-kereta ini daripada memarkir kenderaan mereka didalam premis kerajaan kerana risau isu pengintipan daripada plebagai kamera yang terpasang pada kereta-kereta tersebut.

Sumber: Reuters

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd