Facebook Memperkenalkan Sejumlah Fungsi Baru Yang Untuk Manfaat Pemilik Perniagaan

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook boleh dikatakan platform media sosial yang paling popular di dunia sekarang, dimana ia digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan kenalan-kenalan, tetapi juga untuk bisnes dan perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara cepat dan mudah.

Terkini, Facebook telah memperlihatkan sejumlah fungsi-fungsi baru untuk manfaat pemilik perniagaan yang akan memudahkan untuk para pelanggan mereka memasuki urusan jual-beli dengan perniagaan.

Pertama ialah fungsi sambungan WhatsApp dari profil perniagaan Instagram. Sebelum ini, pemilik akaun Instagram Business akan perlu memasukkan nombor telefon WhatsApp secara manual ke profil akaun tersebut, yang mana terdapat kebarangkalian bahawa ia kurang selamat untuk pengguna.

Sokongan terbina ini sedang diuji di Brazil, yang mana Facebook mendapati bahawa banyak perniagaan yang memanfaatkan fungsi bisnes terbina WhatsApp di negara tersebut. Dengan fungsi ini, ia lebih mudah untuk perniagaan menjalankan transaksi dengan cepat bersama pelanggan-pelanggan yang berminat untuk membeli barang dan perkhidmatan dari mereka.

Kedua ialah kebolehan untuk perniagaan-perniagaan ini menghantar emel secara terus daripada Facebook Business Suite, sebuah fungsi yang dilihat boleh mempercepatkan proses menghantar maklum-balas kepada pelanggan melalui emel.

Fungsi yang paling menarik, sekurang-kurangnya pada hemat kami ialah ujian “akaun kerja” yang membolehkan para pekerja untuk menyelia akaun Facebook syarikat tanpa perlu melog masuk kedalam akaun persendirian mereka. Ini bukan sahaja memudahkan kerja syarikat untuk memastikan keselamatan akaun tersebut, tetapi juga mengurangkan kebarangkalian pekerja akan tersalah hantar mesej menggunakan akaun peribadi mereka.

Fungsi-fungsi ini dilaporkan telah hadir di sejumlah negara-negara terpilih, yang mana kami jangkakan akan hadir untuk semua pasaran Facebook tidak lama lagi.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami