Cari @ Amanz

Honor Dan Microsoft Mengumumkan Kerjasama Untuk Teknologi Kecerdasan Buatan Dan Peranti Berhubung

Link Copied!

Semalam semasa hari Malaysia, kami membayangkan jika syarikat-syarikat pengeluar peranti terkenal bekerjasama dan bergabung agar menjadi lebih baik. Walaupun itu hanya fantasi dan setiap pasangan itu mungkin tidak akan berlaku sama sekali, terkini Honor dan Microsoft telah mengumumkan kerjasama pertama mereka.

Mungkin buat telefon pintar, tetapi kerjasama di antara Microsoft dan Honor ini adalah untuk teknologi kecerdasan buatan dan juga untuk peranti berhubung. Melalui kerjasama ini, Honor akan menggunakan teknologi awanan dan kecerdasan buatan dari Microsoft untuk produk-produk mereka – termasuk dengan pembantu digital Yoyo.

Produk lain adalah lebih kepada perisian seperti penterjemahan, alatan kolaborasi dan lain-lain yang akan melengkapkan peranti-peranti Honor.

Buat masa ini, mereka masih belum umumkan lagi apakah aplikasi atau produk peranti berhubung yang akan mempunyai teknologi Microsoft. Dengan Honor yang kini sudah menjadi jenama tesendiri, bebas daripada Huawei – mereka boleh fokus kepada pasaran global dengan GMS dan integrasi teknologi Microsoft tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan.


Komen ()