Unifi Menawarkan Akses Kepada 7 Aplikasi Penstriman Video Bermula 1 Oktober

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam memastikan pengguna Unifi terus aktif menggunakan dan menikmati Unifi TV, kini mereka mengumumkan penambahan 12 saluran baharu, selain akses kepada tujuh aplikasi penstriman melalui Unifi TV bermula 1 Oktober 2021 kelak.

12 saluran baharu berkenaan adalah Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS Mobies, TechStorm, Arirang TV, SPOTV dan juga SPOTV2.

Menariknya, akses kepada 7 aplikasi penstriman baharu yang ditambah ke Unifi TV adalah Amazon Prime Video, Lionsgate Play, TVB Anywhere+, iQiyi, Viu, ZEE5, dan juga Simply South.

Aplikasi penstriman video ini boleh didapati melalui Unifi Plus Box untuk ditonton di rumah, atau dimuat-turun ke peranti pintar pengguna.

Bersempena pelancaran ini juga, Unifi TV menawarkan tontonan percuma 12 saluran baharu ini kepada semua pelanggan Unifi TV sehingga 21 Disember 2021 kelak.

Pada masa yang sama, pelanggan pek Ultimate pula akan menerima akses kepada Lionsgate Play dan juga satu lagi aplikasi tambahan pilihan tapa sebarang bayaran tambahan, dan boleh ditebus melalui Unifi Activate.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami