Carian
Koleksi Perabot “Gaming” IKEA Bakal Ditawarkan Peringkat Global Pada Bulan Depan
September 17, 2021 Aman

IKEA pada tahun lepas telah mengumumkan kerjasama dengan Republic of Gamers (ROG) dalam membangunkan sejumlah perabot dan aksesori ditujukan untuk peminat permainan video.

Lanjutan daripadanya, ia telah dilancarkan di China pada awal tahun ini, dan kini seperti jadual asal, IKEA akan menawarkannya pada peringkat global pada bulan Oktober 2021 ini.

IKEA mengatakan terdapat lebih daripada 30 produk yang disediakan mereka, termasuk seperti kerusi gaming, meja, laci, termasuk aksesori seperti untuk pencahayaan, mahupun untuk meletakkan cawan.

Penawaran IKEA ini terdapat enam siri, iaitu UPPSPEL, LANESPELARE, MATCHSPEL, GRUPPSPEL, UTESPELARE, HUVUDSPELARE.

IKEA mengatakan produk UPPSPEL dibangunkan dengan kolaborasi bersama ROG, sementara yang lain dibangunkan berdasarkan data pasaran.

Dengan pengumuman ini, sama-sama kita nantikan

Komen