Cari @ Amanz

Apple sedia mengumumkan yang mana mereka akan membuang balutan plastik pada kotak iPhone, sekaligus mengurangkan penggunaan plastik dan menjadikan produk keluaran Apple berkenaan lebih mesra alam.

Selari dengannya, kini gambar kotak untuk iPhone 13 hadir ke arena web, memperlihatkan bagaimanakah rekaan kotak baharu ini akan kelihatan.

Rekaan kotak baharu ini memperlihatkan sebuah jalur khas yang memastikan kotak dalam keadaan terkunci, dan perlu menariknya untuk membuka kotak berkenaan. Pengguna juga boleh mengetahui sama ada kotak berkenaan telah dibuka atau tidak dengan melihat pada bahagian jalur ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa aksesori daripada pengeluar lain yang hadir dengan rekaan kotak seumpama ini, tetapi semestinya implementasi Apple ini akan memberikan impak lebih meluas untuk yang lain melakukan perkara sama.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan dengan rekaan kotak baharu bebas balutan plastik daripada Apple ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd