Senheng Ke Arah “Super App” – Bakal Tawar Khidmat Penghantaran Makanan, Dompet Digital

Diterbitkan pada Sep 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Senheng merupakan salah satu kedai atau jenama yang terkenal dalam membolehkan orang ramai membeli barangan elektronik dengan mudah. Denga arena teknologi yang meningkat dan berkembang pesat, kini Senheng dilihat turut membangunkan penawaran aplikasi mereka ke arah “Super App”.

Melalui langkah ini, Senheng kini dilihat pasukan khas memfokuskan kepada Senheng App, dan membagunkan S-Ecosystem. Dengan pembaharuan ini, aplikasi Senheng yang dibangunkan untuk 2.9 juta ahli PlusOne, turut menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan.

Ciri tambahan pertama yang kini telah aktif adalah Home Fix. Melaluinya, pengguna boleh mencari bantuan untuk membaik-pulih barangan, mahupun melakukan ubah-suai di rumah dengan mudah melaluinya.

Bergerak ke hadapan, Senheng turut akan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain, termasuk S-Food untuk penghantaran makanan.

S-Food ini dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, dan hanya mengambil komisien yang rendah berbanding yang lain di pasaran.

Melengkapkan penawaran aplikasi ini adalah ganjaran pulangan S-Coin untuk digunakan dalam ekosistem berkenaan. Senheng menamakan penawaran ekosistem mereka sebagai S-Ecosystem – yang bakal terus diperluaskan dengan pelbagai penawaran dan ciri-ciri baharu.

Penyenaraian ciri-ciri akan datang turut memperlihatkan aplikasi Senheng turut akan menambah ciri dompet digital dan juga perbankan digital pada masa akan datang.

Dengan langkah ini, ia sekaligus mengubah aplikasi Senheng kepada sebuah ekosistem besar, dan berhasrat turut bersaing dalam arena “Super App” – iaitu satu aplikasi untuk semua.

Pada hari ini, Grab dan AirAsia sedia memfokuskan kepada arena berkenaan di Malaysia, selain kerajaan turut ingin hadir dengan Aplikasi Nasional yang memfokuskan khidmat kerajaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami