Firefox Menguji Bing Sebagai Enjin Carian Utama, Menggantikan Google

Diterbitkan pada Sep 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mozilla kini mengumumkan yang mana mereka sedang bereksperimen yang melibatkan 1% pengguna desktop – dimana enjin carian utama untuk pelayar web berkenaan diubah daripada Google kepada Bing.

Mozilla akan melakukan eksperimen ini sehingga awal 2022, berkemungkinan tamat pada penghujung Januari 2022.

Ia tidak diketahui mengapakah ujian ini dilakukan. Berkemungkinan besar adalah Mozilla ingin bersedia dengan alternatif perjanjian dengan pihak Microsoft sekiranya Google tidak meneruskan perjanjian penawaran Google sebagai enjin carian utama di Firefox.

Pada hari ini, Google membayar Mozilla ratusan juta ringgit dalam memastikan mereka kekal enjin carian utama. Namun, dari hari ke hari, angka pengguna Firefox berkurangan, sementara Chrome semakin popular dari hari ke hari.

Perjanjian sedia ada antara Google dan Mozilla dijangka akan tamat pada 2023 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami