Cari @ Amanz

OnePlus 9 dan 9 Pro Menerima Ciri Hasselblad Xpan – Mengambil Gambar Dengan Nisbah 65:27

Link Copied!

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro mula menerima kemas kini yang menambah baik aplikasi kamera. Ciri baharu paling menarik diperkenalkan menerusi kemas kini ini ialah Xpan yang membolehkan gambar diambil dengan nisbah memanjang 65:27.

Xpan ialah mod rakaman gambar yang ditawarkan oleh Hasselblad pada beberapa model kamera keluaran mereka. Pengguna peranti boleh mengambil gambar dengan panjang fokal 30mm atau 45mm dengan mod pengolokan filem hitam putih serta ILFORD Delta 400.

Selain mod Xpan, OnePlus turut menambah baik sistem HDR, white balance, mengurangkan keterangan sesetengah kawasan gambar dalam mod malam, peningkatan julat dinamik dan mengurangkan masa pendam semasa mengambil gambar.


Komen ()