Dengan pelancaran secara rasmi Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 di Malaysia semalam, beberapa harga jualan aksesori rasmi juga telah diumumkan oleh Samsung. Bagi mereka yang ingin menggunakan S Pen Pro dan S Pen Fold Edition pada Z Fold3, harga jualan stylus ini juga akhirnya diketahui.

S Pen Fold Edition dijual pada harga RM199 sebatang. Stylus ini mempunyai sistem penyerap tekanan terbina dan mata pena dengan lapisan getah bagi mengelakkan kerosakan pada skrin boleh-lipat Z Fold3. Sementara itu S Pen Pro pula dijual pada harga RM499 sebatan. Ia juga mempunyai sistem penyerap tekanan serta mata bergetah tetapi dengan ciri tambahan sokongan bluetooth. S Pen Pro turut boleh digunakan pada Galaxy S21 Ultra, siri Galaxy Note 20 dan siri Tab S7.