Malaysia Akan Memberikan Suntikan Vaksin Covid-19 Tambahan Kepada Golongan Berisiko Tinggi

Diterbitkan pada Sep 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengumumkan Malaysia akan memberikan suntikan vaksin tambahan (booster) kepada golongan yang berisiko tinggi dengan penyakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang. Tindakan Malaysia ini selari dengan apa yang dilakukan di negara Amerika Syarikat, Cuba, Israel dan UK yang memberikan suntikan tambahan kepada golongan-golongan yang berisiko tinggi.

PM Vaksin

Suntikan tambahan ini akan diberikan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%. Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami