Cari @ Amanz

Anda ingat lagi drama yang berlaku pada tahun 2019? Jika anda fikir drama-drama dan kontroversi ini boleh menghalang HUAWEI dari menjadi jenama peranti terbaik, anda silap. Walaupun tiada GMS sudah dua tahun, HMS atau nama penuhnya HUAWEI Mobile Services adalah penggantinya yang kini bersaing sengit dengan ekosistem lain.

Dengan HMS, HUAWEI memfokuskan kepada ekosistem tersendiri agar pengguna mereka masih dapat setia dan mempunyai pengalaman penggunaan yang terbaik tanpa kompromi. Dalam tempoh yang amat singkat, HMS telah menjadi ekosistem ketiga terbesar dunia dengan lebih 550 juta pengguna aktif.

Dalam artikel ini akan kami kongsikan kepada anda, kenapa HUAWEI Mobile Services akan memudahkan hidup anda dan boleh penjadi peneman gaya hidup yang paling serasi. Lebih-lebih lagi dengan AppGallery, Petal Search dan juga GSpace.


HUAWEI AppGallery

Pelbagai aplikasi di penhujung jari!

Semua jenama sebenarnya ada gedung aplikasi tersediri, tetapi HUAWEI AppGallery adalah antara yang terbaik di antara pesaing kerana bukan sahaja menawarkan aplikasi tersendiri tetapi turut disertai lebih 4.5 juta pembangun lain untuk aplikasi-aplikasi dalam kategori komunikasi, permua, perbankan, dompet digital, e-dagang dan banyak lagi.

Gedung aplikasi tersendiri mereka ini adalah amat mudah digunakan, tidak kira aplikasi apa pun anda ingin cari dan hanya tekan bar carian, masukkan kata kunci, tekan pasang, tunggu dan nikmati aplikasi seperti komunikasi, permainan, perbankan, e-dompet, beli-belah, dan banyak lagi.

Jika anda banyak menggunakan emel dan ada banyak emel daripada pelbagai syarikat, gunakan sahaja aplikasi Email atau cari myMail dan log masuk emel-emel Gmail, Outlook, dan lain-lain dengan mudah.

Risau apabila sedang syok maratonton, tiba-tiba bateri lemah? Peranti terkini HUAWEI nova 8i menyokong 66W HUAWEI Supercharge yang boleh mengecas peranti sehingga penuh dalam masa 38 minit sahaja. Jadi jika bateri sudah lemah, rehat sebentar, pergi ke tandas, makan atau minum dan anda akan terkejut peranti sudah siap dicas dan bersedia untuk kembali maratonton.

Permua dengan pengalaman bermain terhebat!

Alang-alang sedang bercakap mengenai peranti mampu milik terkini HUAWEI ini, iaitu nova 8i. Walaupun berada dalam kelas pertengahan asas, ia masih menawarkan ciri dan fungsi premium seakan sebuah peranti mercu. HMS masih ada jadi semua yang disebut tadi boleh anda gunakan pada peranti ini.

Dengan skrin sebesar 6.67-inci yang menggunakan teknologi HUAWEI Edgeless Display yang menawarkan nisbah skrin-ke-badan 94.7% serta mempunyai perlindungan Enhanced TUV Rheinland Technology ia adalah skrin terbaik yang and boleh dapatkan daripada HUAWEI sekarang.

Skrin besar ini bukan sahaja sesuai untuk maratonton, tetapi juga bermain permua seperti PUBG Mobile, Garena FreeFire, Clash of Clans atau juga Asphalt 8 yang semuanya boleh didapati di HUAWEI AppGallery.

Rekaan peranti dengan tubuh nipis dalam saiz kompak tetapi masih ada skrin luas boleh memberikan pengalaman bermain yang gila cool.

Nak aplikasi suntingan? Atau terus guna nova 8i?

Saiz skrin luas ini juga adalah sesuai untuk kerja-kerja suntingan melalui pelbagai aplikasi dalam kategori ini seperti Canva, PicsArt, Photo Editor atau juga CapCut. Risau tidak tahu menggunakan setiap aplikasi ini? Kenapa ingin risau jika anda gunakan HUAWEI nova 8i yang ada kamera 64 MP AI Quad Sensor, setiap gambar atau video adalah berkualiti tinggi dan boleh terus dikongsikan tanpa suntingan.


Petal Search

Kalau anda masih tidak tahu betapa seriusnya HUAWEI dengan HMS mereka, Petal Search adalah enjin carian pintar mereka yang gila unik dan terhebat. Tidak cukup dengan gedung aplikasi tersendiri, Petal Search ini juga boleh mencari lebih banyak aplikasi kegemaran dengan cara yang tidak sangka semudah ABC.

Biasa anda cari APK menggunakan enjin carian lain atau pelayar web, sukar untuk muat turun dengan halangan iklan atau sumber yang amat sukar untuk dipercayai. Pada Petal Search, anda cari sahaja tekan pasang seakan mencari aplikasi pada gedung aplikasi sahaja.

Aplikasi apa anda inginkan? WhatsApp, Facebook, Facebook Messenger, Instagram atau Twitter? Semuanya boleh. Lebih menarik, HUAWEI akan carikan aplikasi versi terkini agar anda tidak ketinggalan. Jadi, apabila anda beli peranti seperti HUAWEI nova 8i, jangan lupa letakkan aplikasi ini di skrin utama untuk memudahkan lagi anda.


GSpace

Anda biasa dengar pelagak Android untuk Windows? Atau pelagak PlayStation 1 atau 2 pada Android? HUAWEI juga menawarkan pelagak yang unik yang boleh didapati di Play Store. Ia adalah GSpace yang membenarkan Play Store dijalankan tanpa sebarang masalah.

Apa aplikasi ini lakukan adalah mendaftarkan peranti HMS sebagai peranti lama HUAWEI yang menyokong GMS. Misalnya pada Mate 40 Pro kami, ia didaftarkan sebagai peranti Mate 20 Pro iaitu variasi Mate yang Pro terakhir menyokong GMS.

Selepas itu, Play Store di dalam aplikasi ini boleh digunakan. Cuma anda perlu bika Semua aplikasi yang terpasang akan berada dalam GSpace ini seakan pelancar tersendiri. Boleh dikatakan ia adalah aplikasi di dalam aplikasi. Melalui GSpace ini, semua aplikasi yang memerlukan GMS boleh dijalankan dan tiada lagi isu atau amaran seperti menyuruh kemaskini Play Services atau peringatan yang GMS diperlukan jika ingin menjalankan sesuatu aplikasi.

Dengan insiatif bekerja dari rumah serta belajag dari rumah, Google Meet, Google Classroom dan lain-lain aplikasi Google termasuk Google Keep, Google Drive semuanya boleh digunakan pada peranti HMS seperti sebelum ini.


WhatsApp

Walaupun aplikasi WhatsApp tidak ditawarkan pada HUAWEI AppGallery, anda masih boleh memasangnya melalui Petal Search. Tetapi bagaimana data-data yang disimpan pada Google Drive? Amat mudah jika anda ikuti langkah di bawah:

  1. Pertama, pergi ke peranti lama anda dan buka tetapan WhatsApp. Pastikan sandaran ke Google Drive dimatikan dan mulakan sandaran semula.
  2. Bukan pengurus fail anda, masih pada peranti lama ya. Tidak kira yang terbina atau pihak ketiga, cari folder WhatsApp dan mampatkan dalam bentuk .ZIP atau .RAR atau mana-mana yang anda rasa mudah digunakan.
  3. Pindahkan fail WhatsApp yang sudah dimampatkan tadi melalui HUAWEI Share dari peranti lama ke peranti baru seperti HUAWEI nova 8i.
  4. Buka pengurus fail dan nyahmampat fail tadi di storan dalaman. Pastikan bukan di dalam folder-folder lain.
  5. Buka WhatsApp, masukkan nombor telefon, sahkan melalui kod pengesahan, masukkan kod 2FA jika ada, pilih pulihkan fail WhatsApp dan WhatsApp anda sedia digunakan seperti biasa pada peranti HMS.

Anda juga boleh menonton tutorial ini untuk tatacara penggunaan secara terus pada peranti anda.


Kenali lebih lanjut apa itu HMS?

HUAWEI Mobile Services dibangunkan untuk kemudahan bersama. Untuk tidak ketinggalan dan ingin tahu perkembangan mengenai HMS, anda boleh layari pautan di bawah;

Jika anda berhasrat untuk membeli HUAWEI nova 8i sebagai peranti HMS pertama anda, yang mana pada hemat kami sendiri di Amanz adalah antara peranti terbaik sebagai permulaan untuk berjinak-jinak dengan HMS.

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd