Carian
Yoodo Kini Menawarkan Data 100GB Untuk 12 Jam, Pada Harga RM10
September 20, 2021 Aman

Yoodo sedia menawarkan pilihan Power Pass, dimana pengguna boleh melanggan kepada akses data yang banyak untuk tempoh pendek. Ia kebiasaannya digunakan sekiranya anda perlu memuat-turun fail bersaiz besar, dan tidak ingin memberikan impak terhadap penggunaan data bulanan anda.

Sebelum ini, Yoodo sedia menawarkan pilihan pakej Yoodo Power Pass 100GB untuk RM2 yang boleh digunakan selama sejam, atau RM5 yang boleh digunakan selama 3 jam.

Terbaru, Yoodo turut menambah pilihan 100GB pada harga RM15, untuk digunakan selama 12 jam, Namun, untuk tempoh pengenalan sehingga 14 Oktober 2021 ini, Yoodo Power Pass ini ditawarkan pada harga RM10.

Bagi anda yang menggunakan Yoodo dan memerlukan akses data yang tinggi, boleh menyemak penawaran terbaru Yoodo ini hari ini.

Komen