Cari @ Amanz

Jika kita lihat peredaran dunia teknologi sekarang ini, revolusi teknologi penggambaran menggunakan telefon pintar adalah salah satu perkara yang kita semua perlu banggakan. Terbaru, Xiaomi melancarkan telefon pintar siri Xiaomi 11T yang dikatakan dapat menawarkan banyak fungsi-fungsi yang membantu untuk menghasilkan rakaman seumpama filem sinematik yang dinamakan “Cinemagic”. Jika dahulu, ciri seumpama ini hanya boleh dirakam menggunakan kamera profesional yang berat dan besar, kini ia sudah boleh dimuatkan ke dalam poket dan mudah dibawa kemana-mana sahaja anda mahu.

Hadir Dengan Fungsi Rakaman Berkualiti Seumpama Filem Profesional

Siri Xiaomi 11T ini hadir dengan dua variasi, iaitu Xiaomi 11T dan juga 11T Pro. Namun pada artikel kali ini kita akan membincangkan tentang kehebatan Xiaomi 11T Pro. Telefon pintar ini dilengkapi dengan tri-kamera utama yang menggabungkan lensa 108MP untuk sudut lebar, 8MP untuk sudut ultra lebar, dan 8MP untuk lensa telemakro. Manakala bagi rakaman swafotonya pula, ia hadir dengan lensa 16MP.

Menurut Xiaomi, telefon pintar ini berupaya untuk menghasilkan rakaman seumpama filem dengan bantuan mod AI Cinema, rakaman beresolusi 8K dan juga 4K HDR10+. Melaluinya, ia membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman dengan teknologi ISO pintar yang mana pada kebiasaannya hanya terdapat pada kamera digital sahaja. Terdapat juga fungsi-fungsi rakaman yang lain seperti Audio Zoom, Magic Zoom, Time Freeze, rakaman Telemacro dan banyak lagi. Hasil rakaman ini juga turut dibantu dengan janaan cip Snapdragon 888 yang dapat meningkatkan penggunaan AI pada kamera telefon pintar ini sekaligus menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti.

Sistem Pengecasan Yang Mampu Mengecas Penuh Sepantas 17 Minit

Rakaman yang berkualiti tinggi dalam masa yang lama juga akan memberi kesan kepada penggunaan bateri. Oleh sebab itu, Xiaomi menawarkan teknologi pengecasan 120W Xiaomi HyperCharge pada telefon pintar ini yang mana ia juga telah menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System. Telefon pintar ini juga merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan sistem pengecasan ini dan dikatakan mampu mengecas penuh dalam masa hanya 17 minit sahaja. Melaluinya anda tidak perlu lagi perlu menunggu masa yang lama untuk ia dicas penuh sepanjang proses menghasilkan rakaman seumpama filem berlangsung.

Xiaomi 11T Pro

Dibina Dengan Skrin Dan Audio Yang Mampu Memberikan Tontonan Yang Memuaskan

Tetapi, apa gunanya kualiti penggambaran yang hebat jika ia tidak boleh memaparkannya dengan baik bukan? Oleh sebab itu, Xiaomi telah melengkapkan peranti ini dengan skrin 120hz AMOLED bersaiz 6.67 inci. Paparan HDR10+ pada telefon pintar ini juga dikatakan mampu memaparkan sehingga 1 billion warna dengan nisbah kontras 5,000,000:1 dan kecerahan sehingga 1000 Nits. Penggunaan skrin ini juga akan memberikan kesan yang lebih responsif dengan kadar sentuhan skrin 480hz dan ia telah diberikan penilaian A+ daripada DisplayMate. Anda juga tidak perlu risau tentang ketahanan skrin ini kerana ia menggunakan Corning® Gorilla® Glass Victus™.

Audio juga penting untuk melengkapkan lagi pengalaman sinematik yang lebih menyeluruh pada peranti ini. Xiaomi 11T Pro ini dibina dengan dua pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos® dan turut diiktiraf oleh SOUND by Harman Kardon. Melaluinya, anda boleh mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih mendalam dan memuaskan.

Harga Yang Berpatutan Dengan Spesifikasi Bersama Pelbagai Promosi Menarik

Jadi, sekiranya anda berminat dengan telefon pintar ini, sesi pra-tempah akan dibuka bermula dari 23 September sehingga 29 September 2021 ini. Terdapat dua pilihan untuk model Xiaomi 11T Pro yang anda boleh dapatkan iaitu Xiaomi 11T Pro (8+256GB) pada harga RM2,099 atau Xiaomi 11T Pro (12+256GB) pada harga RM2,299. Tiga pilihan warna ditawarkan untuk model ini, iaitu Meteorite Gray, Moonlight White atau Celestial Blue. Bagi setiap pra-tempahan yang dibuat, anda berpeluang untuk menerima hadiah premium yang bernilai sehingga RM668. Hadiah-hadiahnya terdiri daripada Mi Watch Lite, Mi True Wireless Earphones 2 Basic, jaminan peranti 1+1 tahun dan jaminan pembaikan skrin jika berlaku kerosakan pada skrin telefon anda dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian. Namun, perlu diingatkan bahawa ia bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda tidak perlu risau sekiranya tidak sempat untuk membuat pra-tempah. Hal ini kerana, untuk setiap pembelian mana-mana versi peranti siri Xiaomi 11T bermula 2 Oktober sehingga 4 Oktober, anda akan mendapat satu tiket cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi TV P1 43 inci yang bernilai sehingga RM1,799. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat pelbagai hadiah menarik dari Xiaomi apabila anda membeli siri Xiaomi 11T ini. Anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee, atau juga pengedar-pengedar rasmi Xiaomi seluruh Malaysia bermula 2 Oktober kelak. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan siri Xiaomi 11T bersama pelbagai hadiah menarik sementara stok masih ada.

Penafian : Advertorial Daripada Xiaomi Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd