Cari @ Amanz


Seperti yang diketahui, program Selangor Accelerator Programme 2021 telah berlangsung sejak penghujung Julai yang lalu. Ini adalah sebuah program anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec) yang giat membantu para usahawan tempatan bagi mengembangkan perniagaan ke arah lebih baik.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, sebanyak 30 syarikat daripada 165 peserta yang mendaftar diri telah dipilih sebelum ini. Kesemua yang terpilih telah berhempas-pulas sepanjang tiga bulan program berlangsung bagi memastikan kemenangan besar. Dalam pada itu, para peserta turut mendapat manfaat dan faedah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur termasuklah mempelajari pelbagai perkara berkaitan perniagaan.

Detik yang dinantikan telah pun tiba apabila senarai pemenang untuk program ini telah diumumkan baru-baru ini. Melaluinya, sebanyak sepuluh (10) syarikat startup yang telah tersenarai sebagai pemenang. Sesi perbentangan untuk hasil kerja dan idea produk kesemua mereka telah melalui proses penilaian 8 juri yang cukup berpengalaman, hebat dan profesional. Pada masa sama, kesemua mereka juga telah berjaya meyakinkan para juri tentang relavennya setiap idea yang dipersembahkan dengan keadaan semasa.

Dengan ini, kesemua pemenang telah menerima hadiah menarik yang merangkumi sokongan kewangan dalam bentuk kredit awan, bantuan teknikal dalam bentuk latihan sebagainya. Lebih menarik lagi, lima pemenang teratas berjaya membawa pulang wang tunai kolektif bernilai RM50,000 dengan sokongan Affin Malaysia sebagai penaja utama program.

Senarai Lima Tangga Teratas :

Senarai Sepuluh Tangga Teratas :

Untuk makluman, program Selangor Accelerator Programme 2021 telah berlangsung bermula 28 Julai hingga 5 September yang lalu. Sasaran utama program adalah bagi membuka peluang lebih luas kepada usahawan untuk mengasah bakat. Pada masa sama, turut membantu mereka mengolah strategi bagi menerima pelabur. Program ini turut sama disarankan oleh beberapa syarikat startup tempatan yang akui mengenai keberkesanannya dalam membantu mereka yang masih mencari hala tuju jelas untuk perniagaan masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd