ASUS Mengemaskini Papan Kekunci ROG Falchion Dengan Suis Mekanikal ROG NX Yang Dibangunkan Sendiri

Diterbitkan pada Sep 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi mereka yang mengikuti arena papan kekunci mechanical, ASUS baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini siri papan kekunci ROG Falchion mereka dengan suis mekanikal mereka sendiri, iaitu ROG NX Red.

Rekaan keseluruhan papan kekunci ROG Falchion ini masih lagi dikekalkan, khususnya saiz 65% yang mempunyai empat kekunci modifier, dengan penggunaan panel sesentuh tepi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti cara untuk menatal tetingkap, mengubahsuai tetapan kekunci makro dan juga tahap bateri, kerana papan kekunci ini boleh digunakan secara nirwayar.

Suis mekanikal ROG NX Red yang digunakan ialah suis linear, yang mana ia tidak mempunyai sebarang tindakbalas taktil apabila ditekan, dan dengan berat penggerak 40g sahaja, suis ini baik digunakan untuk mereka yang mahukan sebuah papan kekunci yang mempunyai pengalaman menaip yang lancar ataupun untuk sesi gaming yang mana anda mahukan tindakbalas yang pantas.

ASUS menjangkakan bahawa ROG Falchion dengan suis ROG NX ini akan tiba di pasaran pada penghujung bulan ini kelak. Tanda harga papan kekunci ini tidak diketahui lagi setakat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami