Carian
iOS 15, iPadOS 15 dan watchOS 8 Boleh Dimuat Turun Bermula 1 Pagi Esok
September 20, 2021 Effi Saharudin

Telefon siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iPad Mini baharu dan iPad 10.2 baharu kesemuanya masih belum boleh dibeli di Malaysia. Tetapi versi terkini sistem operasi peranti-peranti ini akan dapat dinikmati pengguna peranti Apple di Malaysia bermula jam 1 pagi esok 21 September 2021.

Bagi yang duduk di bandaraya utama yang lain, anda boleh mencari sendiri waktu kemas kini boleh dimuat turun menerusi grafik di atas. Harus diingatkan anda supaya melakukan sandaran peranti terlebih dahulu bagi memastikan data dapat dikembalikan sekiranya kemas kini menyebabkan ketidakstabilan pada peranti anda. Seperti biasa pada waktu yang ditetapkan di atas, proses mengemaskini mungkin akan sedikit bermasalah kerana pelayan Apple akan dibanjiri pengguna yang ingin mengemaskini secara serentak di peringkat global.

Berikut adalah senarai peranti-peranti yang boleh memuat turun iOS 15.

  1. iPod touch (Gen 7)
  2. IPhone XS Max
  3. ‌iPhone‌ XS
  4. iPhone XR
  5. ‌iPhone‌ X
  6. ‌iPhone SE‌ (2020)
  7. ‌iPhone SE‌ (2016)
  8. iPhone 8 Plus
  9. ‌iPhone‌ 8
  10. iPhone 7 Plus
  11. ‌iPhone‌ 7
  12. iPhone 6s Plus
  13. ‌iPhone‌ 6s
  14. iPhone 12 Pro Max
  15. iPhone 12 Pro 
  16. iPhone 12 Mini
  17. iPhone 12 
  18. ‌iPhone 11‌ Pro Max
  19. iPhone 11 Pro
  20. iPhone 11

Senarai peranti yang menerima iPadOS 15

  1. iPad Pro – semua model
  2. iPad mini (Gen 4 dan ke atas)
  3. ‌iPad Air‌ 2
  4. iPad Air (Gen 3 dan ke atas)
  5. iPad (Gen 5 dan ke atas)

Senarai peranti yang akan menerima watchOS 8

  1. Apple Watch Series 3
  2. Apple Watch Series 4
  3. Apple Watch Series 5
  4. Apple Watch Series 6
  5. Apple Watch Series SE

Senarai peranti yang akan menerima tvOS 15

  1. Apple TV 4K (Gen 1 dan Gen 2)
  2. Apple TV HD
Komen