Cari @ Amanz

Apa Yang ‘Kaki Gamers’ Boleh Dapat Dari Samsung Galaxy A52s 5G?

Link Copied!

Zaman sekarang sudah tidak sama seperti dahulu yang mana rata-rata gemar bermain permua (permainan mudah-alih) menggunakan komputer atau seangkatan dengannya. Kita sendiri boleh lihat, kebanyakan orang zaman sekarang lebih memilih untuk bermain menggunakan peranti pintar sahaja. Sebabnya, ia lebih memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain pelbagai permainan yang dimahukan pada bila-bila masa. Tambahan pula, reka bentuknya yang selesa dipegang di tangan, sekaligus memudahkan untuk ia untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Untuk mencapai kepuasan yang diingankan ketika bermain permua, sudah tentulah kita memerlukan peranti dengan spesifikasi yang mengagumkan. Tapi kebiasaannya, peranti yang memfokuskan permua dijual dengan harga yang agak tinggi. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan sesetengah individu akan mengeluh kerana ia memaksa mereka untuk mengeluarkan bajet yang besar. Disebabkan itulah, ramai mencari alternatif lain yang lebih mampu milik.

Antara salah satu model yang boleh dicuba adalah Samsung Galaxy A52s 5G. Ini adalah pertaruhan terbaru Samsung dalam koleksi siri Galaxy A. Percaya atau tidak, ia sememangnya sarat dengan penambah-baikan canggih yang mampu menyerlahkan lagi identiti terbarunya. Selain itu, ia juga memiliki setiap satu elemen yang menepati semua kriteria untuk pengalaman permua yang baik. Paling penting, prestasinya mampu untuk memberikan kepuasan yang setanding dengan peranti memfokuskan permua yang mahal. Untuk lebih meyakinkan anda, berikut adalah senarai kehebatan yang ada pada Samsung Galaxy A52s 5G.


Cip Pemprosesan Mantap Untuk Permua

Samsung Galaxy A52s 5G menggunakan cip Snapdragon 778G yang cukup mantap digunakan untuk permua kelas pertengahan. Ia merupakan cip berteknologi 6nm yang dilengkapi cip Kryo 670 lapan teras pada kelajuan mencapai 2.4GHz. Lebih menarik, ia turut menjanjikan peningkatan CPU sebanyak 40% lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Sokongan ciri permua Snapdragon Elite Gaming seperti Variable Resolution Rendering (VRS) dan Qualcomm Game Quick Touch turut mampu memberikan pengalaman permainan yang pantas dan cekap. Di samping, menawarkan tindak balas input sehingga 20% lebih cepat dalam sesi permainan.

Dengan ini, Samsung Galaxy A52s 5G sudah semestinya mampu untuk memainkan pelbagai genre permua termasuklah PUBG Mobile dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) pada tetapan paling tinggi dengan baik. Ditambah lagi dengan sokongan RAM sebesar 8GB dan saiz storan 256GB yang tinggi, pengguna juga boleh sahaja mengharapkan sesi permainan yang stabil melaluinya tanpa berhadapan dengan prestasi yang teruk. Sebagai tambahan, Samsung Galaxy A52s 5G turut menawarkan sokongan memori secara maya menerusi ciri RAM Plus atau sokongan kad microSD sehingga 1TB.

Jelas sekali, Samsung Galaxy A52s 5G mempunyai keistimewaan tersendiri yang memberikan kelebihan buat pengguna. Melaluinya, ia juga membolehkan pengguna membuka pelbagai aplikasi secara serentak tanpa masalah. Pada masa sama, anda juga tidak lagi dihantui oleh masalah kekurangan ruang simpanan. Sebaliknya, anda boleh menyimpan sebanyak mungkin fail – termasuklah aplikasi permainan kegemaran tanpa perlu memadamnya untuk memberi ruang kepada fail baharu. Seronok bukan?

Padanan ciri Game Booster berasaskan AI juga memberikan kesan terbaik untuk pengalaman permainan yang menakjubkan. Terutamanya bagi pengguna yang sangat mementingkan pengalaman permainan tanpa gangguan dan lancar. Ia adalah fungsi terbina yang sememangnya mampu mengoptimumkan peranti untuk menghasilkan pengalaman permainan tanpa lengah (delay).

Pada masa sama, sokongan Frame Booster juga turut memainkan peranan penting dalam penghasilkan grafik yang lancar. Di samping, turut sama mempelajari corak penggunaan bagi mengoptimumkan bateri, suhu dan memori untuk pengalaman terbaik. Tidak cukup dengan itu, kependaman yang jauh lebih rendah juga menjadikan proses muat-turun fail besar menjadi lebih cepat. Dengan ini, anda semestinya tidak akan terlepas peluang untuk menikmati pengalaman penggunaan yang menyeronokkan.


Skrin Besar & Lancar Senang ‘Push Rank’

Trend peranti berskrin besar dengan kadar segar semula yang tinggi bukanlah satu perkara asing lagi. Malah, ia seakan sudah menjadi sebahagian aspek wajib pada kebanyakan peranti pintar. Ia juga sebenarnya telah meninggalkan impak positif, di mana apa sahaja aktiviti yang dilakukan mampu berfungsi lebih baik merentas keseluruhan peranti. Lebih-lebih lagi apabila digunakan sewaktu bermain permua.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Samsung Galaxy A52s 5G menawarkan reka bentuk dan paparan yang cukup menonjol. Dengan skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED beresolusi FHD+, ia sememangnya berupaya mewujudkan satu pengalaman menarik yang mampu mempengaruhi mood pengguna – bermula dari aktiviti tontonan video sehingga bermain permua. Sokongan kadar segar semula tinggi 120Hz yang tersedia juga boleh dianggap sebagai pakej sempurna dalam proses menyajikan peralihan animasi yang pantas dan lancar. Sekaligus, mampu menjamin pengalaman yang benar-benar mengagumkan berbanding mana-mana model dalam kelas yang sama di pasaran.

Ini bermakna bermain pelbagai genre permua pada skrin Samsung Galaxy A52s 5G pastinya tidak mendatangkan masalah. Malahan, ia lebih memberi keuntungan berganda terutamanya buat si kaki gamers. Sebabnya, pengalaman permainan pastinya menjadi lebih seronok dengan skrin yang sebegini. Kalau sebelum ini anda kerap kali kalah dalam sesi permainan disebabkan sukar nampak musuh. Kini, sudah semestinya tidak lagi.

Saiznya yang besar bersama resolusi skrin tinggi sememangnya sangat memudahkan anda untuk melihat pelbagai elemen dalam sesi permainan. Ini termasuklah mengintai pihak lawan dari jarak jauh mahupun tersorok di semak. Ditambah lagi dengan sudut pandang juga jauh lebih baik, sekaligus pengalaman penggunaan yang dinikmati pastinya cukup berlainan daripada yang biasa.

Kemudian, sokongan kadar segar semula yang tinggi turut membolehkan skrin bertindak balas dengan lebih cepat. Ini bermaksud, anda boleh melihat atau menembak dengan pantas sekaligus menumpaskan pihak lawan dengan mudah sekali. Dengan ini, anda juga semestinya boleh menaikkan ranking (push rank) di MLBB mahupun PUBG dengan mudah. Tidak ketinggalan, paparan Samsung Galaxy A52s 5G turut mempunyai pencahayaan sinar biru yang rendah untuk keselesaan mata pengguna. Ini bagi memastikan anda kekal selesa tanpa isu mata mudah berasa lebih meskipun pada penggunaan peranti dalam tempoh yang lama.


Rekaan & Sistem Audio Mengagumkan

Tidak lengkap rasanya bermain tanpa sokongan audio yang imersif. Jadinya, Samsung Galaxy A52s 5G dilengkapi dua pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos yang menghasilkan bunyi keliling cukup mantap. Melaluinya, anda sudah pasti boleh menikmati pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Almaklumlah, audio yang baik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah permainan bagi memudahkan untuk mengesan kedudukan musuh.

Tidak ketinggalan, konsep rekaan ringkas dan pilihan warna yang menarik turut menjadi pelengkap pada peranti ini. Melaluinya, Samsung menggunakan reka bentuk lengkung bulat di sisi bagi memberi kelesaan, keseimbangan dan mudah untuk digunakan. Ia sememangnya memberi keselesaan maksimum ketika dipegang sewaktu sesi permainan yang lama. Kemudian, sebanyak dua pilihan warna yang malar segar turut digunakan bagi menyerlahkan lagi penampilan Samsung Galaxy A52s 5G yang serba baru ini. Antaranya seperti Awesome Black dan Awesome White.


Ketahanan Bateri Lebih Lama

Anda pasti pernah mengalami satu situasi di mana sedang seronok bermain permua, tiba-tiba muncul notifikasi tahap bateri lemah? Sejujurnya, keadaan seperti ini pasti akan menimbulkan rasa kurang senang. Nak-nak pula sekiranya ketika itu anda sedang bertarung sehabis baik untuk sesi permainan yang sengit.

Alangkah seronoknya jika boleh bermain permua tanpa risau bateri cepat habis, bukan? Usah risau, Samsung Galaxy A52s 5G sememangnya boleh memenuhi kemahuan tersebut. Bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan, ternyata menjadi pelengkap yang cukup baik. Di mana, anda boleh mengharapkan kemampuan bateri yang bertahan lebih lama mencapai 2 hari melaluinya. Ditambah lagi dengan pengurusan kuasa AI yang baik dalam mengesan paten penggunaan peranti. Ia sebenarnya turut membantu dalam menjadikan bateri mampu bertahan dengan lebih lama.

Justeru, anda boleh melakukan pelbagai perkara yang digemari tanpa risau – ini termasuklah melayari media internet, menangkap gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bermain permua selama mana yang anda mahukan juga tidak mendatangkan masalah dengan bateri pada Samsung Galaxy A52s 5G ini. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong pengecasan pantas 25W untuk proses pengecasan semula.


Kamera Pelbagai Guna Sebagai Bonus

Okay, ini hanyalah bonus tambahan. Bila bercakap mengenai keupayaan fotografi, pengguna sering ‘dimomokkan’ dengan teori yang mengatakan kamera berlensa besar belum tentu menghasilkan kualiti yang baik. Pada dasarnya teori ini tidak salah, tetapi ini bukanlah bermaksud seratus peratusnya benar. Sebab, Samsung telah berjaya membuktikan bahawa kamera dengan lensa besar juga sangat membantu dalam penghasilan sesebuah gambar yang berkualiti tinggi.

Misalnya, sensor utama 64-Megapixel (f/1.8) pada Samsung Galaxy A52s 5G. Ia sememangnya hebat dengan kemampuan untuk menjadikan sesebuah gambar itu kelihatan cantik dan menarik. Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan fungsi canggih penstabilan imej optik (OIS) bagi mengelakkan imej kabur dan bergegar, sekaligus mampu memberikan pengalaman fotografi unggul melaluinya. Jadi, imej yang terhasil akan lebih jelas dengan warna yang semula jadi, tidak pecah mahupun kabur.

Dalam masa sama, sokongan teknologi Tetra-Binning yang disertakan adalah sangat-sangat membantu dalam meningkatkan lagi kejelasan dan perincian pada imej. Justeru itu, anda boleh sahaja mengambil gambar dengan cantik dan berkualiti meskipun untuk penggambaran pada pencahayaan rendah. Ini disebabkan oleh kamera pada Samsung Galaxy A52s 5G sememangnya terbukti mampu menghasilkan sekeping gambar cukup menakjubkan.

Jikalau forografi makro adalah hobi anda, Samsung turut sama menyediakan sensor 5-Megapixel untuk tujuan tersebut pada peranti pintar ini. Ia sememangnya mampu menangkap setiap perincian garisan pada subjek atau objek untuk memberikan hasil fotografi makro yang cukup jelas dan tajam. Oleh itu, anda kini boleh meneroka dengan lebih luas dunia makro tanpa batasan.

Tidak hanya itu, Samsung Galaxy A52s 5G turut membolehkan anda mengambil gambar potret dengan subjek lebih jelas bersama latar bekakang yang kabur menerusi sensor 5-Megapixel. Kualiti yang terhasil cukup memuaskan hati setaraf gambar yang diambil menggunakan kamera professional. Bukan itu sahaja, ia juga cantik, kemas dan sedap mata memandang. Wajah yang cantik akan bertambah anggun, muka yang kacak pula semestinya semakin tampan.

Namun, jika anda suka menangkap gambar permandangan atau kelompok manusia yang ramai. Kamera pada Samsung Galaxy A52s 5G turut boleh melakukannya! Dengan sensor 12-Megapixel untuk tujuan sudut-lebar ini, ia sememangnya mampu untuk mencipta efek berlainan yang menarik dalam sesebuah gambar. Misalnya, anda boleh menangkap apa sahaja senario berbeza dengan sudut pandang cukup luas. Lebih menariknya lagi, anda juga boleh menangkap gambar lanskap yang luas 123 darjah yakni ukuran yang sama dengan pandangan mata manusia. Menarik bukan?

Di samping itu, kamera hadapannya juga tidak kurang hebarnya dalam membantu tangkapan gambar swafoto yang mengancam. Dengan kamera swafoto sebesar 32-Megapixel pada peranti pintar ini, anda semestinya akan tampil cantik dan sempurna dalam setiap satu gambar yang ditangkap. Ditambah lagi dengan teknik mengambil gambar swafoto yang betul seperti angle terbaik mengikut rupa paras. Percayalah, gambar yang terhasil akan sentiasa cantik dan lawa persis selebriti.


Dapatkan Sekarang Sementara Stok Masih Ada!

Menarik bukan? Jom uar-uarkan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang sedang mencari telefon pintar baru. Anda juga sudah lihat sendiri bagaimana Samsung Galaxy A52s 5G ini sarat dengan fungsi yang canggih, bukan?

Harganya jualannya hanya RM1,899 atau serendah RM79.13 sebulan dengan pelan ansuran tanpa faedah di kedai atas talian Samsung. Pada masa sama, anda juga boleh tukar ganti sehingga 5 peranti lama untuk membeli Samsung Galaxy A52s 5G ini. Lebih menariknya lagi, anda juga akan menerima kerangka eksklusif bernilai RM109 secara percuma untuk setiap pembelian yang dibuat.

Promosi ini bagaimanapun sah sehingga 31 Oktober 2021. Jadi, usah ragu-ragu lagi. Dapatkan segera Samsung Galaxy A52s 5G di kedai atas talian Samsung hari ini juga. Sementara stok masih ada.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia


Komen ()