Terdapat pelbagai jenis komputer riba yang ada di pasaran. Tetapi yang manakah dapat memenuhi keperluan dan kehendak anda? Semuanya bergantung kepada cara penggunaan anda. Jadi jika anda adalah seorang pencipta kandungan dan sedang mencari komputer riba berspesifikasi tinggi, MSI Creator Z16 adalah jawapannya dan ini adalah ciri-ciri yang perlu ada pada komputer riba berspesifikasi tinggi yang sedia ada pada komputer riba ini.
1. Rekaan Yang Moden Dan Praktikal

MSI Creator Z16 ini dibina dengan rekaan skrin sesentuh bersaiz 16 inci beresolusi QHD+(2560×1600) dengan nisbah paparan 16:10 yang turut dipanggi sebagai paparan Golden Ratio. Nisbah skrin seluas ini membolehkan anda untuk menikmati paparan ruang kerja yang 11% lebih luas daripada paparan dengan nisbah skrin 16:9 yang biasa sekaligus mempercepatkan lagi proses penciptaan kandungan. Bagi anda yang sering membawa komputer riba kemana-mana, MSI Creator Z16 ini hadir dengan ketebalan hanya senipis 15.9mm sahaja dan hanya seberat 2.2kg. Rekaan sebegini memang sangat baik untuk anda yang mementingkan prestasi dalam reka bentuk sepadat ini.
Sebagai seorang pencipta kandungan, komputer riba anda perlu memaparkan paparan yang berkualiti tinggi untuk membolehkan mesej disampaikan dengan lebih berkesan kepada penonton. Oleh sebab itu, MSI menawarkan teknologi paparan True Pixel yang mampu menghasilkan paparan berevolusi QHD+, paparan DCI-P3 dengan warna gamut sehingga 100%, dan ketepatan warnanya adalah Delta-E <2 di mana perbezaan warnanya hampir tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Untuk pengetahuan anda, paparan komputer riba ini juga telah diiktiraf oleh CalMan.

Komputer riba ini juga menyokong fungsi skrin sesentuh dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Kadar segar semula ini sangat berguna jika anda bukan sahaja menggunakan komputer riba ini untuk bekerja, tetapi juga membantu anda untuk bermain permainan video dengan lebih lancar.
Untuk pengetahuan anda juga, skrinnya boleh dilipat sehingga 180 darjah dan boleh dikongsikan untuk sebarang perbincangan melalui fungsi Flip-n-Share. Papan kekuncinya dilengkapi dengan lampu LED mini yang pertama di dunia dan kerangka belakangnya pula berasaskan aluminium untuk memberikan binaan yang kukuh tapi masih ringan.
2. Pemprosesan Dan Kad Grafik Yang Berkuasa Untuk Melakukan Multi-Tugasan
Kebanyakkan komputer riba kebiasaannya akan dilengkapi dengan cip pemprosesan siri Intel Core. Bagi model MSI Creator Z16 ini, ia hadir dengan siri cip pemprosesan Intel generasi ke-11 Tiger-Lake H Intel® Core™ i7-11800H yang dikatakan mampu untuk beroperasi 40% lebih baik dari generaasi sebelumnya dengan frekuensi turbo dwi-teras sehingga 4.6GHz.
Sokongan grafik juga merupakan elemen yang penting untuk memastikan proses penyuntingan menjadi lebih lancar dan pantas. Oleh sebab itu MSI meletakkan NVIDIA Geforce RTX 3060 pada komputer riba terbaru mereka ini. Menurut MSI, proses suntingan video dan gambar akan menjadi sehingga 2 kali lebih laju daripada siri RTX 20 sebelumnya dan menyokong untuk suntingan video beresolusi sehingga 8K HDR RAW.

MSI Creator Z16 ini juga dibina dengan sistem penyejukan peranti mereka yang tersendiri, iaitu Cooler Boost Technology yang membantu sistem pengaliran haba peranti. Ia juga turut dilengkapi dengan lima paip haba dan tiga bilah kipas ternipis pertama dunia yang tajam bersaiz 0.1mm dimana ia juga dibantu oleh Cooler Boost Trinity+. Ciri ini dapat meningkatkan aliran udara daripada kipas agar komputer riba ini tidak panas ketika anda melakukan multi tugasan secara serentak.
Bercakap berkenaan multi-tugasan, komputer riba terbaru dari MSI ini memang sesuai untuk golongan pencipta kandungan kerana anda boleh menggunakan fungsi MSI Center Pro. Pelbagai perkara yang fungsi ini boleh lakukan.
Antaranya adalah ia membolehkan kesemua perisian yang anda sering gunakan untuk berjalan serentak dan lancar. Sebagai pencipta kandungan, tentunya anda akan sering menggunakan Adobe Premiere Pro, After Effect, Photoshop dan Lightroom. Jadi, anda boleh menetapkan perisian-perisian ini pada bahagian Priority List di MSI Center Pro untuk mengoptimasikan penggunaan perisian atau aplikasi dengan lebih baik.
3. Fungsi-Fungsi Lain Yang Turut Membantu Produktiviti Sepanjang Hari
Saiz memori dan storan turut memainkan peranan yang penting bagi memastikan komputer riba anda dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah lengah masa apabila melakukan multi-tugasan. Anda tidak akan mengalami masalah ini kerana MSI Creator Z16 untuk pasaran Malaysia dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 32GB, storan SSD NVMe sebesar 1TB.
Komputer riba MSI ini menawarkan sokongan Wi-Fi yang terkini iaitu Wi-Fi 6E di mana ia membantu untuk memastikan rangkaian internet menjadi lebih lancar dan stabil walaupun ramai pengguna lain yang mengakses internet di persekitaran anda. Jadi, proses penstriman, muat naik video dan kandungan lain ke platform media sosial anda tidak akan terganggu.

Proses multi-tugasan anda juga akan menjadi lebih pantas dengan adanya sokongan seperti dua Thunderbolt 4 yang dapat membuat pindahan data sehingga 40Gbps, dua USB-A dan juga satu sokongan pembaca kad (card reader) mikro SD berkelajuan tinggi yang mampu untuk memindahkan video berkualiti tinggi sepantas 624MB per saat. Skrin komputer riba ini juga boleh disambungkan ke dua lagi paparan yang berbeza untuk proses suntingan yang dilakukan serentak melalui sambungan ini.
Dari segi audionya pula, komputer riba ini dilengkapi dengan empat pembesar suara stereo daripada Dynaudio, Nahimic dan juga codec audio beresolusi tinggi bersama Speaker Tuning Engine. Anda juga boleh menggunakan MSI Creator Z16 ini dalam tempoh masa yang lama untuk mencipta kandungan. Hal ini kerana ia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 90Whr.
Kesimpulan

Jadi, jika anda seorang pencipta kandungan dan sedang mencari sebuah komputer riba berspesifikasi tinggi untuk memudahkan produktiviti harian anda, MSI Creator Z16 ini adalah jawapannya. Di Malaysia, komputer riba MSI ini boleh dibeli pada harga RM11,999 dengan jaminan peranti selama dua tahun. Tidak hairanlah mengapa harganya sebegini kerana spesifikasi yang ditawarkan juga bukanlah calang-calang. Malah menurut Lin Min-Chen iaitu duta MSI Malaysia, beliau juga turut menyukai komputer riba MSI Creator Z16 ini kerana ketepatan warna pada paparan skrin dan kualiti sesuatu kandungan adalah sesuatu yang patut para pencipta kandungan ambil kira untuk menghasilkan kandungan yang menarik. Oleh sebab itu anda perlu memiliki MSI Creator Z16 ini dan boleh dapatkannya melalui laman rasmi MSI dan juga pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
Penafian : Advertorial daripada MSI Malaysia