Cari @ Amanz

Dua peranti kelas pertengahan terbaharu daripada Infinix telah diperkenalkan di India, baru-baru ini. Peranti yang dimaksudkan adalah Infinix Hot 11 dan Infinix Hot 11S. Ini adalah pengganti kepada siri Infinix Hot 10 sebelum ini dan kedua-duanya hadir dengan janaan cip pemprosesan daripada MediaTek.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Hot 11 dilengkapi skrin 6.6-inci LCD beresolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Ia turut dipadankan dengan cip pemproses MediaTek Helio G70, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5,200mAh yang menyokong pengecasan 10W. Tetapan kamera utama pula adalah 13MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Melengkapinya juga adalah port sambungan USB-C, Android 11 dan sebagainya.


Infinix Hot 11S
pula menggunakan skrin 6.78-inci IPS LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Kemudian, ia dipadankan dengan cip MediaTek Helio G88, memori 4GB, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama adalah 50MP + 2MP + sensor AI, manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, port USB-C dan sebagainya.

Untuk harga, Infinix Hot 11 dijual pada INR8999 (~RM512). Sementara itu, Infinix Hot 11S pula beharga INR10,999 (~RM626). Buat masa ini, kedua-dua peranti hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja.

Sumber : Infinix Hot 11, Infinix Hot 11S

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd