Cari @ Amanz

Para penyelidik di Purdue University baru-baru ini dilaporkan telah mencipta cat putih baru yang mana ia dikatakan mampu memantul balik 98 peratus daripada radiasi solar daripada matahari dengan cekap. Konsep cat yang mampu memantul radiasi solar ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi secara lazimnya ia hanya mampu memantul sebanyak 90 peratus daripada radiasi tersebut.

Ini boleh dikatakan sebagai satu pencapaian baru yang sangat baik khususnya kerana dengan cat ini, sebuah bangunan dikatakan boleh mengurangkan kebergantungan kepada penghawa dingin untuk menyejukkan sebuah bangunan, ataupun rumah secara efektif.

Ini adalah kerana dengan cat ini, permukaan dinding dan lantai rumah bangunan boleh menjadi lebih sejuk berbanding dengan suhu sebenar persekitaran. Ini membolehkan pemilik bangunan atau rumah untuk mengurangkan penggunaan kuasa daripada penghawa dingin.

Penyelidik tersebut mengatakan bahawa mereka menemui bahawa penggunaan barium sulfat yang lebih tinggi membolehkan pemantulan radiasi yang lebih tinggi ini, dan bahan ini adalah yang sama digunakan dalam kertas foto dan juga produk-produk kosmetik.

Penyelidik-penyelidik ini juga dilihat bercadang untuk menkomersilkan cat ini, dan telah bekerjasama dengan syarikat pembuat cat untuk dipasarkan untuk pengguna awam. Ia dijangka apabila atap atau dinding yang bersaiz 1000 kaki persegi yang dicat dengan cat putih ini, ia seperti akan menyejukkan kawasan dibawahnya seperti menggunakan penghawa dingin dengan kuasa 10kWh.

Sumber: USA Today

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd