Google Pixel Boleh-Lipat Dijangka Dilancarkan Sebelum Tamatnya Tahun 2021 Ini
Aman
Dengan berbaki hanya beberapa bulan, kini desas-desus hangat bertiup mengatakan Google bakal memperkenalkan telefon boleh-lipat pertama mereka dibawah jenama Pixel sebelum penghujung tahun ini.
Buat masa ini, Google dijangka melancarkan Pixel 6 pada bulan Oktober, yang hadir bersama-sama dengan sistem operasi Android 12 terbaru.

Pengenalan Pixel boleh-lipat ini akan turut memudahkan pembangunan aplikasi Android untuknya, selain menyelarikan ekosistem peranti boleh-lipat dikalangan semua pengeluar peranti Android.
Menurut @evleaks, pembangunan Pixel boleh-lipat ini telah berlaku sejak lebih dua tahun, dan ia merupakan antara peranti dinantikan ramai di seluruh dunia.
Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan Pixel boleh-lipat ini.