Cari @ Amanz

OnePlus hari ini berkongsi lanjut berkenaan dengan perkembangan syarikat mereka, dan mengatakan kini bermulannya era OnePlus 2.0.

Selari dengannya, pihak OnePlus berkongsi berkenaan perkembangan untuk sistem operasi OxygenOS. Kini, pasukan disebalik OxygenOS dan ColorOS telah digabungkan, sekaligus merancang untuk kemaskini akan datang yang akan menyatukan kedua-duanya.

Sistem operasi baharu ini kelak akan mengintegrasikan pelbagai kelebihan sistem operasi ColorOS dan OxygenOS – sekaligus menawarkan sistem operasi yang lebih baik, stabil, dan lancar.

OnePlus mengatakan peranti mercu aka datang pada 2022 akan menjadi yag pertama menjalankan sistem operasi yang diintegrasikan ini.

Pihak OnePlus mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan perkembangan sistem operasi baharu dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd