Cari @ Amanz

Ming-Chi Kuo merupakan salah seorang penganalisa popular berkaitan Apple, yang mempunyai kredibiliti berkongsi sesuatu yang agak tepat jauh sebelum pelancaran. Terbaru, beliau berkongsi beberapa info dan ramalan berkaitan siri iPhone 14 Pro kelak.


Seperti ramai sedia maklum, siri iPhone 14 Pro merupakan siri iPhone berspesifikasi tinggi dan premium. Dua model ditawarkan dibawah keluarga “Pro”, iaitu iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Menurut Kuo, Apple iPhone 14 Pro akan hadir denga rekaan skrin berlubang, sekaligus menggantikan penggunaan rekaan takuk pada iPhone. Namun, ia masih menjadi pertanyaan bagaimanakah implementasi Face ID kelak pada iPhone.

Pada masa yang sama, Kuo megatakan iPhone siri Pro ini akan turut menyertakan kamera sudut lebar 48-megapixel bersama-sama dengannya.

Kuo menyasasrkan hanya model Pro sahaja hadir tanpa rekaan takuk, sementara siri iPhone 14 akan menyertakan rekaan bertakuk.


Buat masa ini, spekulasi berkaitan dengan iPhone 14 boleh dikatakan masih terlalu awal, dan sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan dengan telefon mercu Apple ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd