iOS 15 Dan iPadOS 15 Kini Boleh Dimuat-Turun – Kemaskini iPhone Dan iPad Anda

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini iOS 15 dan juga iPadOS 15 kepada semua pengguna iPhone dan iPad yang disokong. Melaluinya, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baharu untuk pengguna.

Antara ciri yang disertakan adalah sokongan “Focus”, yang membolehkan anda memfokuskan kepada sesuatu perkara dan menerima notifikasi yang bersesuaian – seperti ketika bekerja atau berada di rumah. Pengenalan Focus juga mengurangkan notifikasi lain yang berbentuk gangguan ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara.

Disamping itu, kini FaceTime turut menerima sejumlah ciri baharu, termasuk kebolehan anda bersembang dengan mereka yang menggunakan peranti bukan Apple melalui perkongsian pautan khusus.

Safari juga diberikan nafas baharu oleh Apple. Apple turut terus memfokuskan kepada sokongan multi-tugasan melalui iPadOS terbaharu ini.

Bagi  anda yang menggunakan iPhone dan iPad berikut, anda boleh memuat-turun iOS15 dan iPadOS15, sekaligus menikmati sejumlah ciri-ciri baharu yang dibawakan ini.

Berikut adalah senarai peranti-peranti yang boleh memuat turun iOS 15.

  • iPod touch (Gen 7)
  • IPhone XS Max
  • ‌iPhone‌ XS
  • iPhone XR
  • ‌iPhone‌ X
  • ‌iPhone SE‌ (2020)
  • ‌iPhone SE‌ (2016)
  • iPhone 8 Plus
  • ‌iPhone‌ 8
  • iPhone 7 Plus
  • ‌iPhone‌ 7
  • iPhone 6s Plus
  • ‌iPhone‌ 6s
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 Pro 
  • iPhone 12 Mini
  • iPhone 12 
  • ‌iPhone 11‌ Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11

Senarai peranti yang menerima iPadOS 15

  • iPad Pro – semua model
  • iPad mini (Gen 4 dan ke atas)
  • ‌iPad Air‌ 2
  • iPad Air (Gen 3 dan ke atas)
  • iPad (Gen 5 dan ke atas)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami