Ikea Melancarkan Sjömärke Untuk Mengubah Mana-Mana Permukaan Meja Menjadi Pengecas Nirwayar

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ikea sedia terkenal dengan banyak barangan elektrik menarik, termasuk dengan beberapa gajet. Tidak kiralah daripada set lampu pintar, pembesar suara, pengecas nirwayar dan banyak lagi.

Terkini, Ikea telah melancarkan Sjömärke iaitu modul pengecas nirwayar yang boleh mengubah mana-mana permukaan atau meja menjadi pengecas nirwayar. Hanya dengan melekat modul ini menggunakan pita pelekat dwi-sisi, sesuatu permukaan itu akan boleh mengecas sesebuah peranti secara nirwayar.

Syarat utama adalah, ketebalan sesebuah meja itu atau permukaan haruslah daripada 8-22 mm. Kemudian piawaian pengecas ini adalah Qi 1.2.4BPP yang mempunyai kuasa 5W, iaitu kuasa pengecas nirwayar asas. Ia turut mempunyai lampu LED sebagai indikasi pengecasan sudah bermula.

Harga jualan modul ini adalah $39.99 iaitu sekitar RM168. Buat masa ini ia masih tidak disenaraikan di Ikea Malaysia lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami