Telegram Kini Memudahkan Pengguna Merakamkan Penstriman Dan Panggilan Video

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram sebelum ini sedia memperkenalkan ciri panggilan video berkumpulan melalui aplikasi berkenaan, selain turut menambah ciri penstriman langsung.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat perkongsian atau panggilan dalam bentuk video atau audio di Telegram Groups, atau Channel.

Kini, lanjutan daripadanya, Telegram turut menambah ciri untuk merakamkan panggilan video berkenaan atau penstriman langsung tersebut.

Dengan ciri rakaman ini, ia akan membolehkan pengguna rakam dan simpan untuk perkongsian kepada mereka yang tidak dapat sertai sesuatu panggilan video berkumpulan berkenaan.

Ini sangat berguna dalam sejumlah keadaan, termasuk untuk cikgu yang melakukan pengajaran dan pembelajaran melalui panggilan video Telegram – sekaligus menyediakan video berkenaan untuk rujukan akan datang.

Untuk menggunakan ciri rakaman ini, anda hanya perlu tap pada menu ikon selepas sesuatu penstriman dimulakan, dan memilih “Start Recording”.

Rakaman berkenaan akan secara automatik disimpan ke “Saved Messages” selepas sahaja selesai penstriman atau panggilan video berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami