Nokia Mengadakan Acara Pada 6 Oktober – Nokia G50 dan Tablet Mungkin Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia Mobile akan mengadakan acara pada 6 Oktober hadapan. Berdasarkan imej acah yang dikongsi, mereka akan melancarkan Nokia G50 yang tertiris sebelum ini bersama dengan sebuah tablet Nokia T20.

Dari maklumat yang tertiris Nokia G50 adalah peranti yang menggunakan cip Snapdragon 480 yang menyokong rangkaian 5G, dilengkapi skrin 6.38″ IPS LCD dengan resolusi HD+ dan bateri sebesar 4850 mAh. Sementara itu tablet Nokia T20 pula dilengkapi skrin 10.36-inci, dijana cip Unisoc, memori 4GB dan sto0ran 64GB. Kedua-dua peranti adalah dari kelas permulaan sahaja. Bagi yang menantikan peranti mercu Nokia, mereka dijangka melancarkannya pada bulan November hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami