Netflix Menguji Pelan Percuma, Bebas Iklan – Di Kenya

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix kini menguji penawaran pelan percuma bebas iklan di Kenya – dalam usaha untuk menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan mereka.

Netflix Logo

Pelan percuma ini hadir dengan sebahagian siri TV dan filem dalam Netflix, dan dihadkan penggunaan untuk peranti mudah-alih sahaja. Dengan penawaran pelan ini, Netflix menyasarkan lebih ramai yang akan menguji perkhidmatan mereka, dan memilih untuk menggunakan pelan berbayar.

Pada masa yang sama, pelan percuma ini terhad untuk digunakan pada telefon Android sahaja.

Dengan perluasan Netflix di seluruh dunia, selain persaingan dalam penawaran perkhidmatan penstriman video, ia kini menjadi cabaran utama untuk menambah angka pelanggan baharu dari bulan ke bulan. Langkah penawaran percuma ini dijangka akan menarik lebih ramai ke perkhidmatan mereka.

Untuk makluman, sebelum ini Netflix turut pernah menawarkan beberapa kandungan mereka untuk diakses percuma di Malaysia. Pada hari ini, pelan paling asas yang ditawarkan di Malaysia adalah berharga RM17 sebulan untuk akses melalui peranti mudah-alih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami