Intel akan memperkenalkan siri kad grafik pertama mereka, iaitu Intel Arc Alchemist sewaktu acara Consumer Electronics Show di Las Vegas pada tahun hadapan. Kad grafik ini, yang dijangka akan hadir dengan prestasi kad grafik kelas premium dan akan mengguncang dunia grafik pengguna bermula tahun hadapan.
Intel baru-baru ini dilaporkan telah menghantar sampel papan rujukan kad grafik mereka kepada pembangun-pembangun kad grafik seperti ASUS, MSI, GIGABYTE, EVGA dan sebagainya sebagai rujukan untuk mereka membina kad grafik Arc Alchemist mereka sendiri.

Ini bermakna bahawa kita akan dapat melihat bukan sahaja kad grafik yang dibangunkan oleh Intel tidak lama lagi, tetapi penawaran-penawaran daripada pembangun-pembangun komponen yang sudahpun secara lazimnya membina kad grafik menggunakan platform grafik AMD dan NVIDIA.
Kad grafik Intel Arc Alchemist ini akan dibina menggunakan proses N6 6nm daripada TSMC, tetapi mengatakan bahawa untuk variasi-variasi akan datang, Intel akan membina cip pemprosesan mereka sendiri.
Sumber: TechPowerUp