Cari @ Amanz

Samsung Galaxy M52 5G bakal menjadi penawaran terkini daripada Samsung dan ia telah sedia diacah menerusi laman Amazon India sejak beberapa minggu yang lalu. Ia bukan sahaja memperlihatkan rekaan penuh pada peranti pintar. Tetapi turut sama mendedahkan beberapa ciri utama padanya, meskipun ia agak terhad.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, rekaan yang diperlihatkan adalah mirip dengan imej pengolokan yang pernah tular sebelum ini. Dapat dilihat, Samsung Galaxy M52 5G juga akan mempunyai tubuh yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.4 mm. Seterusnya, peranti pintar ini akan menampilkan cip Snapdragon 778G yang menyokong rangkaian 5G secara terbina.

Samsung Galaxy M52 5G akan dilancarkan secara rasmi di India pada 28 September 2021. Ia juga dikhabarkan bakal dilengkapi dengan skrin 6.7-inci beresolusi FHD+, skrin 120Hz, sensor utama 64MP dan kamera swafoto 32MP. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Amazon India

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd