Kerajaan Menubuhkan Hab Ujikaji Dron Area 57 Di Technology Park Malaysia

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, penggunaan dron di serata dunia, termasuklah Malaysia telah memperlihatkan penggunaan yang pesat, sehingga kerajaan-kerajaan negara semuanya perlu campur tangan mengenainya kerana kerisauan mengenai privasi dan juga kebarangkalian pertembungan udara berlaku yang boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini.

Sejak wabak COVID-19 menular di Malaysia, kerajaan dilihat menggunakan teknologi dron untuk tujuan pembersihan dan pemantauan di sekitar beberapa kawasan bandar yang besar.

Terkini, kerajaan telah menubuhkan hab ujikaji dron yang dinamakan Area 57 di Technology Park Malaysia dengan keluasan dua hektar. Bukan itu sahaja, Area 57 dirangka untuk menjadi pusat pembangunan, ujian, pensijilan dan penkomersilan dron di Malaysia.

Area 57 dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Multimedia Datuk Seri Dr Adham Baba dan beliau menjangkakan bahawa pusat ujikaji dron ini akan merancakkan industri teknologi dron tempatan yang mana ia juga akan mencipta peluang pekerjaan baru, disamping menjadi pusat dimana teknologi dron dan penerbangan swapandu dapat dibangunkan sepenuhnya didalam negara.

Selain daripada penggunaan untuk pembersihan dan pemantauan, teknologi dron juga boleh dibangunkan untuk tujuan penghantaran barang jarak dekat, bantuan kecemasan dan sebagainya. Undang-undang disebalik penggunaan dron dilihat semakin ketat di Malaysia, tetapi dengan pembukaan Area 57 ini, kami menjangkakan bahawa ia dapat sedikit sebanyak juga membantu penggiat dron untuk menunjukkan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam sektor ini.

Sumber: The Star

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami