Tidak Ingin iOS 15? Anda Boleh Kekal Guna iOS 14 Dan Terima Kemaskini Sekuriti

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula daripada iOS 15, kini Apple menawarkan dua pilihan sistem operasi kepada pengguna mereka. Kedua-duanya disokong, dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan iOS 14 atau iOS 15.

Walaupun memilih iOS 14, pengguna boleh kekal menerima kemaskini sekuriti terbaru, dan memastikan peranti kekal selamat. Namun, pengguna tidak akan dapat menikmati ciri baharu yang ditawarkan sehingga menaik-taraf kepada iOS 15 atau yang terbaru.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, dan tidak ingin menaik-taraf ke iOS 15, anda boleh melakukan perkara demikian:

  • Buka aplikasi Setting pada iPhone
  • Pergi ke menu Umum
  • Pilih Kemas Kini Perisian
  • Matikan sokongan Kemas Kini Automatik

Pihak Apple masih kekal memaparkan menu pilihan untuk naik-taraf kepada iOS 15 secara manual pada bahagian Kemas Kini Perisian, dan pengguna juga akan kekal menerima kemaskini sekuriti iOS 14 melalui pembaharuan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami