80% Daripada Penduduk Dewasa Di Malaysia Sudah Divaksinasi – Selebihnya Akan Dijejaki Untuk Pemberian Vaksin

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila pelan vaksinasi kebangsan PICK diperkenalkan pada awal tahun ini untuk memvaksinasi orang ramai di Malaysia, pelan penghujung kerajaan ialah untuk memastikan bahawa 80 peratus daripada rakyat Malaysia berjaya divaksinasi menjelang hujung tahun ini.

Hari ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa 80 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia telah melengkapi dua dos vaksinasi mereka, disamping dua minggu yang diperlukan untuk memaksimakan keberkesanan vaksin-vaksin yang diterima mereka.

Khairy turut berkata bahawa pelan pihak kerajaan kini ialah untuk menjejaki baki 20 peratus populasi dewasa yang belum ataupun enggan divaksinasi. Kerajaan telah membuka lebih banyak lokasi yang boleh dilawati orang ramai untuk menerima vaksinasi percuma, tetapi mungkin usaha perlu lebih digiatkan untuk memastikan vaksin COVID-19 lebih mudah diterima oleh mereka yang mungkin tidak berkemampuan untuk keluar dan menerima suntikan.

Bagi mereka yang enggan menerima vaksin pula, kempen kesedaran juga perlu dipertingkatkan lagi supaya mereka sedar bahawa vaksinasi ini bukan sahaja melindungi mereka, tetapi mereka yang tersayang juga.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami